Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 17
5 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 4 Mei 2026 (Isnin) – NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Mahir Foto Minggu ke-17 secara dalam talian dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta tempatan.
Topik pembelajaran pada minggu ini ialah “Pengenalan dan Sejarah TikTok, Monetisasi Kreator serta Algoritma”. Peserta didedahkan mengenai perkembangan platform TikTok sebagai medium media sosial popular, fungsi algoritma dalam meningkatkan capaian kandungan serta peluang menjana pendapatan sebagai kreator digital.
Selain itu, peserta turut mempelajari asas strategi penghasilan kandungan kreatif, cara meningkatkan interaksi penonton dan kepentingan memahami trend semasa dalam platform digital. Program ini memberi manfaat kepada peserta dalam meningkatkan pengetahuan mengenai dunia penciptaan kandungan digital dan penggunaan media sosial secara lebih efektif dan kreatif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: